"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang
bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya
mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi
itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau
putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan
perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil
yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi
itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah
mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas
Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka
berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu
berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu,
hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke
dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang
menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan
aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan
harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak
boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara
itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong
sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.
Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya,
maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang
menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka
kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya
dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana
yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya
ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama
engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi
pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah
itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka
usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima
perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara
yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang
menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita
ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita,
sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah
akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia
bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak
pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah
pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita
sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi
kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu,
hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."
Kisah Teladan - Tujuh perkara ganjil
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang
harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada
waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa
terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu
hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan
muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang
lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan
guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan
seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku
lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta
yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan
manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya
Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu
bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang
kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka
itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka
suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak
bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,"
jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air
hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan
harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku
lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah
tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan
mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan
yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang
dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Kisah teladan - Rasulullah SAW dengan sebiji limau
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang
melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah
itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini
tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih
dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah
kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara
kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
9 Siti Patut Dijadikan Contoh Teladan
1 ) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan
anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh
org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda
beribadat di Gua Hira’.
2 ) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan
setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah
b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3 ) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup
berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di
situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4 ) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5 ) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan
mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk
mengandungkan Nabi Isa.
6 ) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian
yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7 ) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik
baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga
untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat
utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias
dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun
Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Subscribe to:
Posts (Atom)